Assalamualaikum..
lama sungguhkan aku tak update belog aku yg satu ni? dah berhabuk, bersarang, ber-macam-macam lagi lah..
aku mengaku aku bukan jenis orang yg suka menulis.. tapi ada ketika aku perlu ruang untuk menulis.. sebab tu lah aku wujudkan belog ni..
saat ni aku menulis post ni tak fikir pun ape tajuk aku nak letak untuk post ni..
there's some good thing happen in my life recently.. tapi aku tak lah rase happy pun.. hidup aku selalunya biasa-biasa jer..
aku baru jer dapat sorang anak sedara baru.. my cousin's son.. son? it mean that baby is a boy.. dah masuk seminggu dia lahir kat atas dunia ni.. tapi aku tak jenguk lagi.. kalau aku boley pegi sorang dahlame aku jenguk.. huhu : ) semuanya kerana nak kena tunggu my dad tak sibuk.. hurmm :(
hari khamis lepas 22 disember 2011 satu lagi tarikh keramat dalam hidup aku.. apa lagi, amik result PMR larh.. beberapa hari sebelum tu aku buat tak kisah jer.. macam tak de pape yg berlaku.. but mase dekat sekolah, nak tunggu dia umumkan tu punya larh dupdapdupdap jantung aku.. kuangkuankuang... cuak jugak rupanya aku ni... dan ALHAMDULILLAH keputusan PMR aku tu tak menghampakan aku dan jugak ibu apa aku.. gembira tu mesti larh ade.. aku berjaya atas usaha keras aku selama ni.. dan jugak atas dorongan keluarga, guru dan kengkawan aku.. tak lupe cecikgu yg mengajar aku selama ni.. :)happy for that!
cukup lah cerita keputusan PMR yang bukannya boleh bawa aku pergi universiti terus tu.. sekarang fokus aku untuk berjaya dengan cemerlang dalam SPM! oh yeah! you can do it girl!! yakin dengan penuh semangat dan iltizam! INSYAALLAH boleh berjaya..
tapi dengan cuti sekolah yang masih berbaki seminggu lagi ni, aku rasa aku nak enjoy dulu lah.. sebelum aku bertungkus-lumus dua tahun akan datang ni.. bukan apa, ramai yang kata SPM ni susah sikit.. harap aku dapat lalui dengan baik..
berbalik kepada belog ni, tahun depan aku tak dapat jamin yang belog ni akan beroperasi dengan lebih baik.. maknanya selalu diupdate lah.. aku ni jenis orang yang cepat kering idea.. biarlah.. lagi pun berapa ramai sangat yang jenguk belog aku ni...
sekadar bagi tahu, sekarang ni aku dah tak der myspace dan twitter.. sebab aku dah delete account aku.. sekarang cuma tinggal facebook, belog aku yang busuk ni dan yahoo mail aku.. itu aja lah yang tinggal..
cerita pasal facebook ni geram sungguh aku! kenapa tak ada sape-sape warning aku pasal timeline ni? kepada yang tak tahu timeline ni dia akan tukar profile kita jadi lain.. dan aku sangat lah tak suka benda tu!! kalau kita dah buat timeline tu kita tak boleh ubah balik kepada profile kita yang lama.. geram sangat + menyesal aku guna benda tu!
memandangkan azan asar sudah berkumandang dan suara ibu yang tercinta sudah kedengaran, maka sampai sini saja lah post kali ni.. post kali ni tak ade yang special sebab aku cuma tulis apa yang terlintas kat fikiran aku yang tak penting pun..
WASSALAM!!
p/s : hope next year there will be less hypocrite friendship.. ^^,
lots of luve from my two little cuties!!
#we'll catch about them next time#
0 comments:
Post a Comment